Lepas beberapa bulan peluk agama islam, Angeline Tan akui jiwa kini makin tenang

SELEPAS beberapa bulan memeluk agama Islam, pelakon Angeline Tan memberitahu jiwanya kini makin tenang malah berasa selesa dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya. Angeline atau Ardini Angeline Tan, 57, meluahkan rasa syukur apabila suaminya iaitu Sabri Yunus sering memberikan bimbingan mengenai Islam dan membuatkan dirinya semakin dekat dengan agama. “Sekarang ini rasanya semakin okay dan boleh sesuaikan diri dengan perubahan sekarang ini sebagai seorang Muslim, banyak yang saya belajar mengenai Islam.

Selepas menikah dan memeluk Islam memang diri saya tenang sebab sekarang ini ada seseorang untuk kongsi hidup serta berkasih sayang malah saya bersyukur kerana abang Sabri berikan bimbingan terbaik, dia buatkan saya sangat tenang. Memeluk Islam ada satu pembaharuan dalam hidup saya jadi setiap langkah itu adalah salah satu proses pembelajaran, apa yang lepas tu biarkan saja sebab yang kita mahu adalah masa depan yang lebih tenang,” kata Angeline.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.