Beberapa hari lepas tular gambar kedai kosong tanpa pelanggan, sekali ini respon Chef Ammar

Chef Ammar Al Ali atau lebih dikenali sebagai Chef Ammar sindir netizen selepas menjawab spekulasi berkaitan kedai nasi arabnya di bazar Ramadan Stadium Shah Alam tidak mempunyai pelanggan pada hari ketiga berpuasa. Mana tidaknya, sebelum ini orang ramai berpusu-pusu beratur seawal pagi demi merasai keenakan juadah yang dimasak sendiri oleh tukang masak asal Palestin itu. Enggan untuk membiarkan isu tersebut terus berpanjangan, menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Chef Ammar nafi dakwaan individu tersebut kerana pada hari kejadian kedainya baru sahaja dibuka kepada orang ramai. Klik sini untuk lihat video.

Susulan itu, dia menitipkan nasihat kepada orang ramai terutamanya kepada golongan yang mempunyai niat untuk menjatuhkan perniagaanya supaya tidak membuat kerja tuhan. Pun begitu, Chef Ammar menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti sokong perniagaannya. “Awak nak hentam saya, hentam lah. Awak nak jatuhkan saya, jatuh lah. Kelmarin ada orang muat naik dalam media sosial Chef Amar tak laku. Sebab apa? Bila kita baru buka kedai orang datang ambil gambar letak kat media sosial. Tak baik lah.

Kalau tuhan izin nak jatuhkan saya, tuhan izin. Kalau tuhan tak izin, awak buat lima tahun lagi, awak tak boleh lah. Ini semua kerja Allah, jangan jadi tuhan..itu sahaja. Tapi alhamdulilah terima kasih kepada semua rakyat Malaysia sokong perniagaan saya,” katanya. Malah, Chef Amar sempat berseloroh dengan membuat sindiran sinis kepada warganet yang mendakwa perniagaannya sudah tidak mendapat sambutan seperti sebelum ini. “Tak laku juga bang, mereka saja yang laku..kita tak laku,” sambil menunjukkan barisan panjang pelanggan.

Terdahulu, tindakan individu yang memuat naik sebuah hantaran di laman X telah mengundang perhatian ramai dengan mendakwa kedai nasi arab tersebut kelihatan kosong tanpa pelanggan. “Kosong kedai Chef Ammar ni, korang boikot ke apa? Selalunya bukan main panjang,” dakwanya. Individu yang dikenali sebagai Syafiq itu meluahkan rasa hairan apabila melihat suasana kedai nasi arab tersebut sunyi sepi memandangkan ia berlaku pada jam 5:30 petang.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.