Dah buat pelbagai inisiatif, Aprena Manrose redha jika masih belum ada rezeki anak

Pelakon, Aprena Menrose akui telah berada di fasa reda dengan ketentuan Tuhan dan percaya akan rezeki setelah bertahun berusaha untuk menimang anak sendiri. Menurut Aprena, atau nama lengkapnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, berkongsi pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh dia dan suaminya, Mohd Afiq Hazman sebelum ini termasuk proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF), namun rezeki masih belum memihak kepadanya.

“Kali terakhir saya buat IVF pada dua tahun lepas dan bila excited nak check result Dr cakap sorry Aprena takde lepastu saya dan suami balik terus tidur sepanjang hari sebab kami terlalu kecewa, esok baru kami okay balik. Sebenarnya saya lebih kepada reda dan pasrah, takde pun takpe tapi takde lah give up cuma saya dah ada di fasa mana kalau takde takpelah mungkin Allah nak bagi kat akhirat sana,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi dangdut terkenal Iwan Syahwan itu juga turut bersyukur kerana orang terdekat mampu untuk menghormati sensitiviti nya bagaimanapun dia tidak dapat menahan rasa sebak apabila keluarga terdekat mendapat perkhabaran berita bakal menimang cahaya mata. “Selalunya orang tak akan cakap dengan saya, semua orang boleh hormati. Cumanya contoh macam Uqasha Senrose pregnant haritu saya tahu dulu lepastu saya terus nangis sebab mestilah saya terasa sebab kita dah tunggu lama tapi takde rezeki. Lepastu kami nangis sama-sama,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Aprena dan Afiq telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.