Kongsikan pandangan tentang Marissa dan suami, ramai yang setuju dengan pendapat Abang Tesla

PERSONALITI media sosial Abang Tesla tidak bersetuju dengan tindakan Ahmad Aslam membiarkan isteri pertama iaitu Misya Mazlan menjalani sesi fotografi raya seorang diri. Kata Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, tindakan Aslam menjayakan sesi photoshoot bersama Marissa Dania dan bukannya isteri pertama adalah tidak wajar. “Saya malas nak komen tetapi kalau lihat semula isteri nombor satu dia (Aslam) pergi shooting seorang diri. Saya rasa tidak patut sebab itu saya pernah cakap isteri pertama untuk dihargai. Saya hargai isteri saya,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Abang Tesla berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya. Dalam rakaman video itu, isteri pertama kepada Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari bertanya pendapat suaminya berhubung video promosi pakaian raya tersebut. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet nampaknya menyebelahi Abang Tesla dengan menyifatkan lelaki itu sebagai seorang yang matang. Malah ramai yang memuji Abang Tesla kerana menjaga hati isteri-isterinya dengan baik.

“Masa ini baru saya sedar Abang Tesla ini matang. Terima kasih sebab jaga hati Kak Maj (isteri pertama). “Baru nampak Abang Tesla orang yang layak berpoligami sebab kahwin dalam Malaysia,” tulis warganet. Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim dan Aslam bergandingan bersama dalam sebuah penggambaran foto. Pasangan tersebut dilihat menggayakan busana berwarna hitam dan dipercayai merupakan model bagi satu jenama pakaian tempatan.

Bagaimanapun, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan tampil menyelar tindakan jenama pakaian tersebut kerana didakwa mengambil kesempatan melakukan teknik pemasaran di atas kemelut rumah tangga adiknya itu. Pada Ogos 2023, Abang Tesla turut menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua. Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina.

Lebih membuatkan isu ini hangat apabila Khal mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.