Walaupun umur dah 55 tahun tapi masih steady, Arash Mohd kongsikan tips sihat

HANYA makan nasi seminggu sekali antara petua pelakon Arash Mohd mengekalkan bentuk badan ideal pada usianya yang sudah mencecah 55 tahun. Arash berkata, dia juga tidak mengambil minuman berkarbonat serta makan segera sejak negara diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 melanda dunia. “Dulu minuman bergas memang kegemaran sebab saya aktif berbasikal dan joging, saya minum air berkarbonat untuk mendapatkan kembali tenaga.

“Tapi ketika Covid-19 menyrng, saya mula mengubah tabiat pemakanan dan sudah beberapa tahun tak sentuh air bergas selain makan nasi seminggu sekali. Makanan segera pun kurang, selepas isu boikot ini lagilah saya tak jejak langsung,” katanya. Dalam pada itu, Arash berkata, kini dia mengamalkan minum susu bagi mengawal tahap kolesterol selain pisang yang baik untuk penghadaman. Selain menjaga pemakanan, Arash memberitahu dia juga aktif bersenam bagi menyeimbangkan diet dilakukan.

“Saya ambil susu untuk menjaga kolesterol selain mengamalkan makan pisang untuk memudahkan proses penghadaman. Nasi pun saya kurangkan seminggu sekali sahaja. Kalau di set penggambaran pun biasanya saya hanya meratah lauk. Macam saya tidak ke gim tapi kerap bersenam di rumah seperti melakukan tekan tubi dan senaman ringan lain,” ujarnya.

Pelakon drama Layang-Layang Perkahwinan ini memberitahu dia bersyukur pada usia sekarang dia tidak menghidap sebarang jenis penyakit teruk. Bagaimanapun peningkatan usia sedikit sebanyak menjejaskan tenaga di set penggambaran namun menganggap ia perkara biasa. “Apa saya mahukan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat teruskan karier sebagai pelakon. Tenaga semakin kurang itu perkara biasa sebab sudah meningkat usia. Kalau dulu 12 tengah malam masih aktif lagi tapi sekarang 10 malam sudah lembik di set penggambaran.

Soal penyakit Alhamdulillah tiada penyakit apa-apa cuma sakit sendi itu normal,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.