Ada kala iman naik turun, Izara Aishah kongsikan amalan yang dia lakukan supaya kekal istiqamah

Pelakon Izara Aishah mendedahkan dirinya amal selawat untuk terus kekal istiqamah dalam penghijarahan sehingga kini. Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham berkata, tidak mudah buat dirinya untuk terus mengekalkan iman kerana ada kalanya ia naik dan turun. Bagaimanapun, aktres berusia 31 tahun itu terus kuat untuk memastikan dirinya kekal berada pada landasan yang benar.

“Saya pun selalu lemah juga, iman pun tak kuat sangat, Kadang-kadang sebagai manusia iman turun naik. Tetapi, saya berubah ini kerana Allah SWT sebab itu saya macam kuat sedikit,”katanya. Bagi mengelakkan pintu hatinya berubah sepenuhnya, Izara berkata dia mengamalkan selawat seperti mana dinyatakan oleh seorang ustaz dikenalinya. Kongsinya, dia akan memperbanyakkan selawat dan ternyata ia amat membantu dirinya untuk terus kekal istiqamah.

“Menurut seorang ustaz, apabila iman sedikit lemah, perbanyakkan selawat. Katanya kalau 500 sehari pun tak mencukupi, harus 1000 kali berselawat atau lebih. Jadi perkongsian itu memang sangat membantu saya sendiri. Jadi saya kongsikan untuk kebaikan bersama,” katanya. Dalam perkembangan lain, Izara menyatakan dia kini lebih selektif memilih soal kerjaya lakonan berbanding sebelum ini.

Ujarnya, dia perlu berbuat demikian dengan meletakkan syarat bertepatan dengan imej dan statusnya kini. Ini kerana dia enggan pihak penerbit atau mana-mana pengarah jemu dengan permintaan yang diletakkan olehnya. “Rasanya semua sedia maklum yang saya memang tegas dengan apa yang saya mahukan. Jadi apabila sudah bertudung lebih ‘strict’ berbanding sebelum ini. Contohnya seperti adegan atau babak dalam bilik saya tidak selesa untuk lakonkan. Malah, saya juga berpendapat tak logik jika adegan di rumah dengan imej bertudung.

Sebabnya jika kita di rumah kita tidak bertudung. Jadi mungkin sebab-sebab ini yang membuatkan saya sudah lama tidak berlakon. Mungkin syarat-syarat yang dikenakan juga membuatkan ramai pihak ‘rimas’,” kata Izara lagi. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.