Masih terkejut dengan perbuatan suami, ini pula respon Bella Astillah bila ditanya tentang Aliff Aziz

HANYA air mata yang dapat diberikan sebagai jawapan ketika pelakon dan penyanyi Bella Astillah ditanya mengenai suaminya iaitu Aliff Aziz ditangkap khalwat pada awal pagi Sabtu. Minta diberi ruang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, adik Bella iaitu Didi Astillah memberitahu buat masa ini mereka tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. Kata Didi atau Dayang Nazilah Awang Astiah, 28, kakaknya itu masih terkejut dengan kejadian melibatkan Aliff. “Bagi pihak Bella, saya tak nak beri apa-apa kenyataan berhubung isu itu.

“Kalau boleh minta beri ruang pada Bella. Mungkin benda ni masih terkejut lagi,” katanya. Perkara itu dikongsi Didi ketika ditemu bual penerbit program Mldi iaitu Michelle Wee. Bella ketika ditanya Michelle mengenai Aliff ditangkap hanya mampu melinangkan air mata tanpa berkata apa-apa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat Bella dan semoga tabah hadapi dugaan rumah tangganya itu. “Kali keberapa dah ni? Empat kan? Ini masanya untuk move on Bella, awak layak dapat lebih baik.

“Dugaan besar bila dikhianati dengan orang tersayang. Semoga Bella kuat. “Dugaan besar untuk Bella, semoga dipermudahkan urusan Bella,” tulis warganet di ruangan komen. Pada awal pagi Sabtu kecoh dua pelakon ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam serbuan yang dibuat di sebuah kondominium mewah di ibu negara. Warganet mula mengaitkan pelakon lelaki yang ditangkap adalah Aliff selepas isterinya iaitu Bella Astillah dilihat hadir ke pejabat agama Islam sekitar pukul 2.30 pagi ditemani beberapa rakan.

Turut kelihatan dalam video dimuat naik menerusi Instagram program hiburan Melodi adalah penyanyi Adira yang menemani Bella. Sementara itu, pihak kami sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Aliff dan Ruhainies berhubung dakwaan ditangkap khlwt. Ini bukan pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi malah pernah beberapa kali berlaku tak setia terhadap Bella. Malah pasangan itu pernah berpisah pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu. Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tem

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.