Kecoh pasal Aman Graseka minta bantuan, sekali Mas Idayu minta orang ramai jangan mudah bagi bantuan tanpa tahu cerita sebenar

KISAH hidup pelakon Aman Graseka yang meminta bantuan orang ramai kembali menjadi bualan hangat apabila kali ini anaknya pula dikhabarkan sedang menerima rawatan di hospital. Membaca perkhabaran tersebut, bekas isteri kepada Aman iaitu penyanyi Mas Idayu meminta orang ramai agar tidak mudah memberi bantuan tanpa mengetahui kisah sebenar. Kata Mas, 51, sudah ramai yang bercakap tentang perkara sama namun dia tidak pasti akan kesahihan dan kepayahan dilalui oleh Aman.

“Kepada orang luar jangan memberi kalau tidak pada saluran yang betul. Kalau fikir logik dia sepatutnya minta pada anak atau saudara-mara. Kenapa nak meminta daripada orang ramai dengan cara begini,” katanya. Mas Idayu ditemui ketika majlis Share Rezeki Amaris x Tyzo yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Meskipun pernah hidup bersama Aman, Mas berkata dia bukanlah individu yang sepatutnya menghulurkan bantuan. Tambahan pula, dia kini sudah kembali memegang status isteri orang.

“Saya tidak akan membantu. Sekarang saya ini isteri orang. Tidak sepatutnya saya membantu. Kalau kami tidak ada hubungan sebelum ini mungkin saya boleh bantu. “Dalam keadaan sekarang anak saya yang sepatutnya membantu. Dia yang ada ikatan dengan Aman. Namun anak saya tidak dapat menghubungi Aman,” ujarnya. Untuk rekod, Aman berkahwin dengan Mas pada tahun 1997 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dayini Asyiqa. Sementara itu bercakap tentang program Share Rezeki: Amaris x Tyzo, Mas Idayu berbesar hati membantu pelakon Putra Amaris menggerakkan infaq sempena Ramadan itu.

“Saya dah lama kenal Amaris sebab kami sama-sama asal Johor. Namun sebab sibuk sebelum ini kami jarang berhubung. Apabila dia berkongsi program yang sudah dilaksanakan empat lepas saya jadi tertarik. Awalnya saya sangka ia sekadar melepas batuk di tangga. Tak sangka program ini bertahan. Sebagai selebriti saya membantu untuk uar-uarkan program ini kepada lebih ramai orang,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.