Masak untuk sahur macam berbuka, Datin Atikah Suhaime kongsikan pengalaman bersahur kali pertama

Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi pengalaman bersahur kali pertama dengan keluarga suaminya, Datuk Lokman Teh. Menerusi perkongsiannya di TikTok, Atikah memasak pelbagai jenis lauk untuk sepuluh orang bersahur antaranya ayam goreng, telur goreng masak kicap, sayur kubis goreng dan sup tauhu telur. Menurutnya, keluarga suaminya gemar makan sahur dengan makanan berat manakala berbuka pula dengan makanan ringan. Klik sini untuk lihat video.

“Ini kali pertama saya menyambut Ramadhan dengan keluarga yang besar. Suami saya ada enam orang adik-beradik. Selalunya keluarga saya makan scrambled eggs saja untuk sahur. Tapi keluarga suami saya suka sahur berat, kalau berbuka ringan-ringan. Terbalik dengan keluarga saya. Apapun, meriahnya ramai-ramai macam ni, seronok sis masak dah macam kenduri.” Meninjau diruangan komen, rata-rata warganet puji masakan Atikah yang meriah seperti lauk berbuka puasa.

“Ni menu sahur ke berbuka ni.” “Banyaknya makan untuk sahur.” “Meriahnya lauk sahur dia. Alhamdulilah syukur rezeki.” Untuk rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari lalu dan menetap di rumah keluarga mentuanya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.