Tak letakkan syarat kalau Aliff nak jumpa dengan anak, Bella Astillah tak dapat tahan sebak kongsikan tentang emosi anak anak

PELAKON Bella Astillah tidak dapat menahan sebak apabila bercerita mengenai emosi anak-anaknya selepas bapa mereka iaitu Aliff Aziz terpalit kontroversi panas, dicekup penguatkuasa agama Islam kerana berkhalwat pada Sabtu lalu. Kata Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dua anaknya iaitu Ayden dan Ara masih belum mengetahui isu berkenaan memandangkan mereka tidak menggunakan telefon bimbit. “Mereka tak terkesan apa-apa, sebab saya selalu bagi alasan Aliff kerja dan mereka pun tidak main telefon bimbit.

“Macam Adrean pergi (belajar di) sekolah Cina, jadi dia tidak dengar apa-apa, Adrean tetap hantar ucapan Ramadan pada ayah dia, begitu juga Ara,” katanya. Bella terdahuu berada di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu bagi sebutan kes tuntutan berpisah dibuat terhadap suami. Perbicaraan kes itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan kerana Aliff tidak muncul di mahkamah dan akan disambung pada 4 April depan.

Meskipun hubungannya dengan Aliff bakal berakhir dengan perpisahan, Bella berkata dia tidak menghalang anak-anak untuk bertemu bapa mereka. “Saya pun cakap dengan Aliff, dia boleh sentiasa jumpa anak-anak, saya takkan tetapkan apa-apa syarat,” jelasnya. Pada 9 Mac lalu, Aliff ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur atas kesalahan khalwat.

Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan pada sekitar pukul 2 petang pada hari yang sama. Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah berpisah pada 16 Mei 2019. Bagaimanapun, mereka rujuk kembali ketika dalam tempoh edah. Hasil perkongsian hidup itu, mereka juga dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.