Failkan tuntutan untuk berpisah pada Januari lalu, Datin Red akui keputusan untuk berpisah bukan daripada dia

Isteri pertama kepada usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor untuk sebutan kedua kes tuntutan perpisahan terhadap suaminya pada Isnin. Enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Sharifah Norshafila atau mesra disapa sebagai Datin Red ketika ditemui berkata keputusan untuk berpisah itu bukan daripadanya namun berasakan ia yang terbaik. “Saya tak nak cakap banyak sangat, apa yang saya boleh cakap, ini bukan keputusan saya. Itu saja… tapi saya rasa ia adalah yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, madu kepada penyanyi Adira Suhaimi telah memfailkan tuntutan perpisahan terhadap suaminya itu pada penghujung Januari lalu. Pada awal Februari lalu, isteri pertama Adnan menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik foto dia berada di luar kamar mahkamah dengan kapsyen mengenai ketentuan takdir. Ibu kepada lima cahaya mata itu seolah-olah memberi bayangan mengenai kehidupannya apabila mengungkapkan ketentuan Allah adalah yang terbaik buat dirinya.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perpisahan berikutan tiada persefahaman. Bagaimanapun, proses JKP antara Adira dan Adnan yang berlangsung pada 5 Mac lalu gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.