Sampai sanggup jual tanah sebab nak tolong, Datin Red luahkan sesuatu di laman ig

Perkongsian di Instagram Story milik isteri kepada usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red iaitu Syarifah Nor Shafila telah menyorot perhatian apabila dia memuat naik hantaran berbentuk luahan rasa marah.Menerusi perkongsian tersebut, Syarifah atau mesra dengan sapaan Datin Red kesal dengan tindakan seorang individu yang disifatkan tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan orang lain. Kata Datin Red, dia telah banyak membantu individu tersebut sehingga sanggup menjual tanah miliknya.

“Pinjam duit orang lain nak kau mention (sebut). Yang kau pinjam duit aku tak nak pula cerita. Sampai trauma anak-anak kau. Kita ini sampai jual tanah dah nak tolong dia. Tidak apa, Allah ada. Masa akan membongkar semuanya.” Meskipun tidak mendedahkan kepada siapa yang ditujukan namun difahamkan berkait rapat dengan Datuk Red. Terdahulu, Datuk Red menerusi satu temu bual mendedahkan dirinya sudah diisytiharkan muflis atau bankrap sejak 2019. Malah, dia terpaksa menanggung hutang sehingga RM5 juta.

Dalam temu bual sama, Datuk Red turut mendedahkan dia berdepan masalah kewangan sehingga ada waktunya terpaksa meminjam wang daripada isteri kedua iaitu penyanyi Adira Suhaimi untuk membeli juadah berbuka puasa buat anak-anaknya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.