Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle berpendapat bahawa mempertahankan hubungan suami isteri demi anak-anak tidak akan mendatangkan kebaikan. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Diana berkongsi semula video tentang perpisahan tinggalkan kesan buruk kepada anak namun lebih teruk sekiranya ibu bapa mempunyai hubungan yang bermasalah. Menurut Diana, pasangan suami isteri perlu memperbaiki hubungan mereka terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang anak-anak.
“Jangan hanya pertahankan demi anak-anak, perbaiki hubungan antara satu sama lain. Ia tidak bermaksud apa-apa jika anak-anak melihat kedua ibu bapa mereka tidak gembira bersama.” Terdahulu, Diana pernah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan pengarah, Farid Kamil namun telah rujuk kembali pada 31 Ogos tahun lalu.
Menurut Farid kepada media, pertemuan mereka selepas berpisah membuatkan rasa cinta kembali berputik dan perasaan sayang yang mereka cari selama ini. Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Aurora, 9. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.