Pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira mengakui membesarkan anak perempuan sememangnya mencabar dengan statusnya sebagai ibu tunggal. Memetik Harian Metro, Erra berkata dia kini faham dengan perumpamaan mengatakan membesarkan 10 orang anak lelaki lebih mudah jika dibandingkan dengan membesarkan seorang anak perempuan. “Saya sekarang semakin mengakui bahawa membesarkan seorang remaja perempuan memang mencabar. Saya memahami perumpaan mengatakan menjaga 10 anak lelaki lebih mudah berbanding menjaga seorang anak perempuan,” katanya.
Sementara itu, Erra berkata dia perlu lebih memantau anaknya itu kerana bimbang jika mereka tersilap langkah. Tambahnya lagi, anak perempuan adakalanya perlu bermain dengan emosi adakalanya tidak menentu. “Sekarang ini memang akui agak mencabar membesarkan anak perempuan yang semakin membesar. Selepas melaluinya sendiri baru saya sedar mengenainya. “Ini merupakan proses normal bila saya bertanya kepada ibu yang lain, inilah yang saya perlu tempuh lagi pun saya tak berikan kebebasan sepenuhnya buat anak saya, saya akan pantau begitu juga bapa dia,” katanya.
Untuk rekod, Erra mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun berpisah 18 Februari 2014. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Engku Aleesya kini berusia 15 tahun. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.