Teruk kena kritik dengan warganet, Fathia Latiff bagi penjelasan tentang dakwaan bakal keluar drpd agama islam

Pelakon Fathia Latiff memberi penjelasan mengenai dakwaan dirinya bakal keluar daripada agama Islam. Menerusi hantaran di Instagram, Fathia atau nama sebenar Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, menjelaskan perkara itu hanya berdasarkan komen di TikTok dan ianya tidak benar. Menurutnya, tuduhan jadi kfr disifatkan sebagai tuduhan yang berat sebagai seorang yang beragama Islam. “Saya masih mengamalkan Islam, ia hanya berdasarkan komen di video TikTok yang tidak benar dan tidak berasas. Kafir adalah kata-kata yang sangat kasar, bukan sahaja dalam kalangan Muslim malah kepada agama lain juga.”

Katanya, segala perkongsiannya di TikTok merupakan cara dia mengekspresi diri dan meluahkan pendapat. “Apa sahaja yang saya katakan di video TikTok adalah pendapat saya dan cara untuk mengekspresi diri.” Dalam pada itu, Fathia menegaskan bahawa dia tiada kaitan dengan pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim. Malah, dia menolak dakwaan bahawa Zarina Anjouline adalah kawan baiknya.

“Zarina Anjoulie bukan kawan baik saya. Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim tiada kena mengena dengan kehidupan saya. Untuk kaitkan saya dengan mereka seperti merendahkan taraf kehidupan saya.” Sebelum ini, Fathia mengundang tanda tanya apabila dia memberi bayangan tahun ini berkemungkinan adalah Ramadan terakhir buatnya. Sejak Januari lalu, nama Fathia hangat diperkatakan selepas mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza.

Bukan itu sahaja, perbalahan dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie turut menjadi bualan warganet. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.