Ada yang cakap riak bila muat naik video Rayyan baca Quran, sekali ini respon dari Rita Rudaini

TINDAKAN pelakon Rita Rudaini berkongsi video anak lelakinya iaitu Airit Rayyan mampu menghafaz al-Quran menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ramai berasa kagum dengan kebolehan dimilikinya dan menjadikan video dikongsi Rita sebagai inspirasi dalam mendidik anak-anak mereka mencintai al-Quran. Bagaimanapun ada pula individu melihat perkongsian pelakon itu sebagai riyak apatah lagi ketika ini bulan Ramadan.

“Tak perlulah nak tayang anak pandai macam-macam. Anak orang lain pandai juga, boleh baca al-Quran… Bukan anak awak sahaja yang pandai. Rita menyelar komen warganet yang disifatkan berfikiran negatif. “Bersihkan hati daripada berbangga-bangga di bulan Ramadan ini,” tulis warganet. Tidak berdiam diri, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, meminta individu berkenaan membersihkan hati kerana suka memandang sesuatu perkara daripada sudut negatif. “Kau itu yang kena bersihkan hati hitam tu. Kau tengok semua orang dari sudut negatif, hati busuk kau. Klik sini untuk lihat video.

Cuci hati kau dulu sebelum kau nak suruh orang cuci hati,” katanya. Rita berkongsi perkara itu sebagai membalas komen ditulis individu berkenaan menerusi Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, Rita memuat naik video memaparkan anak sulungnya sedang mengalunkan bacaan al-Quran di Masjidil Haram, Makkah. Kata Rita, kelebihan dimiliki Rayyan adalah hadiah paling bermakna kerana mencintai al-Quran.

“Masa ini umur Ryan 10 tahun dalam Masjidil Haram. Uncle Rizal rekod masa ini. Rita merupakan ibu tunggal yang membesarkan dua cahaya mata. Rita merupakan ibu tunggal yang membesarkan dua cahaya mata. “Saya mommy tengok. Inilah hadiah yang Allah nak beri pada mommy. Anak-anak yang terang hatinya mencintai al-Quran dan lembut hati,” kongsinya. Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan pada 2008 namun perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan pada 2013.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.