Kru dedah hubungan mesra Ruhainies dan Aliff Aziz, tak sangka siap panggil dengan panggilan baby di lokasi penggambaran

Seorang kru penggambaran yang mahu dikenali sebagai Mr Z telah mendedahkan mengenai hubungan Aliff Aziz dan Ruhainies di lokasi penggambaran drama Terjerat. Menurut kru terbabit, hubungan Aliff dan Ruhainies memang dilihat mesra untuk mencipta keserasian, namun dia tidak menyangka, ia ‘dibawa’ sampai ke rumah. Tambahnya lagi, pasangan pelakon itu juga didakwa memanggil ‘baby’ dan kelihatan lebih akrab berbanding dengan pelakon lain.

“Kita selalu tengok pelakon terutama pasangan hero dan heroin ada cara mereka untuk mencipta keserasian watak seperti selalu berborak dan berlatih bersama. Malah ada juga yang tak perlu berbuat demikian tapi masih mampu memberikan hasil yang bagus. Tapi dalam kes mereka ini saya nampak lain macam,” katanya. Katanya lagi, dia sudah memberi nasihat kepada Aliff agar jangan terlalu rapat dengan pelakon itu disebabkan kes terdahulunya, tapi Aliff didakwa memberi alasan perlu berbuat demikian bagi membina keserasian dengan Ruhainies.

Disebabkan itu, memang nampak kemesraan mereka. Kadang-kadang mereka duduk dalam kereta bersama, termasuk panggilan baby,” kata Mr Z lagi. Menurutnya, pasangan itu juga pernah beberapa kali datang ke lokasi penggambaran bersama walaupun ‘call time’ mereka berbeza. “Saya ingatkan mereka profesional, tapi selepas apa yang berlaku, baru saya tersedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang sekali ke lokasi. Pernah juga Ruhainies datang sama waktu dengan Aliff sedangkan ‘call time’ Ruhainies lebih awal.

Lagi buat saya ak sangka apabila hubungan Ruhainies dan Bella di lokasi atau di luar juga baik. Jadi saya memang tak terfikir mengenai hubungan itu,” katanya. Tindakan Bella menarik diri daripada drama itu menurutnya adalah satu keputusan yang baik kerana dalam drama itu, Bella melakonkan watak perampas suami kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies. Katanya lagi, dalam penggambaran seterusnya, terdapat babak Bella meminta maaf kepada Ruhainies dan situasi ini agak tidak sesuai jika diteruskan pada masa sekarang.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.