Masih hangat lagi kontroversi Ruhainies dan Aliff Aziz, ibu tampil titipkan pesanan buat Aliff

Sejak kontroversi ditangkap khlwt berlaku kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, ibunya dilihat sentiasa memberi sokongan meskipun dihujani dengan kritikan. Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), ibu Aliff iaitu Siti Hafiza Basharahil berkongsi sebuah video persembahan anak perempuannya, Aisyah Aziz. Aisyah pada ketika itu sedang mendendangkan sebuah lagu berjudul Kepadamu Kekasih yang pernah dipopularkan oleh Datuk Hattan, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M.Nasir.

Di ruangan kapsyen video tersebut, Hafiza mentitipkan kata-kata semangat buat anak lelakinya itu. “Masya-Allah tabarakallah Alhamdulillah hidup, mti, rezeki kita semua Allah yang tentukan bukan manusia. Inilah peringatan yang selalu anakanda kami Aisyah pesan pada kami. Masya-Allah yang penting ikhlas dan niat kerana Allah. Khas buat anakanda Aliff, lagu ini untuk kamu yang dinyanyikan oleh adikmu. Jangan takut dan kamu tak pernah keseorangan, Allah sentiasa ada dengan kamu dan kami juga berada dibelakangmu walau apa pun yang berlaku.” Dalam pada itu, Hafiza juga percaya bahawa setiap yang terjadi akan ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Sebagai ibu, Hafiza turut mendoakan kesejahteraan Aliff.

“Allah sayang abang dan Allah maha baik, pasti ada hikmah dalam apa jua ujian yang datang. Kamu tak sempurna begitu juga orang lain. Semoga Allah permudahkan perjalananmu dan memberikan ketenangan di dalam hati. Kami sayang kamu kerana Allah. #SelfRespect#NoPretending #IfOnlyPplKnowWhatWeKnow #Subhanallah #Tabarakallah #Alhamdulillah. Sementara itu, tinjauan mendapati aktres, Ruhainies turut memberi tanda ‘like’ pada hantaran tersebut.

Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominum mewah di ibu kota adalah abang iparnya, Aliff. Manakala Ruhainies didakwa telah bersekedudukan bersama aktor tersebut. Aliff dan Ruhanies kemudian dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat JAWI. Dalam perkembangan terbaru, Bella hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama kes perpisahan dengan suaminya.

Walau bagaimanapun, mahkamah kemudiannya menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kes kedua pasangan itu selepas aktor tersebut tidak hadir ke mahkamah atas alasan terlibat dengan penggambaran. Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.