Dikatakan pergi ke kelab lepas berhijrah, individu ni tampil buat permohonan maaf pada Izara Aishah

Pelakon Izara Aishah tampil bersuara mengenai tuduhan dia pergi ke kelab malam meskipun imejnya sudah berhijab. Menerusi hantaran di X, Izara memuat naik beberapa ‘screenshot’ individu yang meninggalkan komen di sebuah posting yang memberi pujian terhadap penghijrahannya. Malah, individu tersebut turut menjawab pertanyaan warganet tentang dakwaan dirinya ke kelab malam tersebut selepas berhijrah.

Menurut Izara, komen tersebut boleh mendatangkan fitnah yang boleh merosakkan reputasinya. “Saya perlu jelaskan perkara ini kerana fitnah ini mungkin boleh merosakkan reputasi saya. Kemudian, hantaran Izara tersebut mendapat perhatian individu berkenaan dan dia membuat permohonan maaf secara terbuka. “Hi Izara, saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai ‘tweet’ saya yang di buat pada 19 Mac 2024. Saya tidak berniat untuk menfitnah atau merosakkan reputasi anda. Tweet itu di tulis tanpa saya mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Saya dengan rendah diri meminta maaf.”

Sekadar info, Izara dilihat sudah berhijab sejak tahun 2021 namun dia memilih untuk berdiam diri tentang penghijrahan berkenaan.Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.