Nampak tenang walaupun teruk kena kritik, rupanya ini sumber kekuatan Ruhainies

Kontroversi aktres, Ruhainies yang didakwa berkhalwat dengan penyanyi dan pelakon iaitu Aliff Aziz telah mendapat perhatian banyak pihak sejak mereka ditangkap pada Sabtu lalu. Walaupun masih berdepan dengan isu tersebut, aktres itu dilihat tetap meneruskan kerjayanya seperti biasa. Menerusi video yang dimuat naik oleh usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri di TikTok, dia bertanya kepada Ruhainies bagaimana aktres itu menangani isu berkenaan dalam keadaan yang tenang. “Ruhainies nampak tenang sangat, disaat orang provoke..ada yang kata tiga jam. Klik sini untuk lihat video.

Boleh saya tahu tak apa sumber kekuatan Ruhainies? Kalau orang lain mungkin berkurung tapi Ruhainies boleh lagi ada penggambaran dekat sini.” Pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu kemudian menjelaskan dia perlu memenuhi tuntutan kerja selain percaya bahawa dirinya berada di pihak yang benar. “Apa yang tiga jam? Tiga jam itu adalah tokok tambah sahaja. Satunya sebab kerja, saya memang komited dengan kerja. Yang kedua, bila kita di pihak yang benar sudah semestinya kita tak takut. Berani kerana benar.”

Dalam perkembangan terbaharu isu tersebut, Ruhainies menerangkan bahawa dia dan selebriti berasal daripada Singapura itu sudah lama berkawan dan sedang menjalani penggambaran drama bersama. Ruhainies juga memaklumkan bakal mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut apabila tiba masa yang sesuai. Aktres berusia 32 tahun itu turut menekankan bahawa terdapat beberapa fakta yang salah telah tersebar berkenaan kes berkenaan.

Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff. Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.