Tengah seronok dengan kerjaya sekarang, kali ni Khairy Jamaluddin dah jadi duta baju melayu

“MEMANG dah rosak pun!” Itu seloroh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin apabila ditanya mengenai gurauan warganet yang berpandangan dia sudah menjadi individu berbeza daripada dulu. Kata Khairy atau mesra disapa KJ, 48, buat masa ini dia bahagia dengan kerjaya sekarang dan tiada keperluan buat dirinya untuk kembali ke kancah dunia politik. “Tak tahu lagi tapi apa yang saya boleh katakan saya tengah seronok dengan kerjaya sekarang.

Jadi tiada apa-apa keperluan untuk saya kembali ke dunia politik buat masa ini. Cabang saya masih lagi berada di mata publik sebagai seorang podcaster, deejay dan sebagai duta Elrah Exclusive tapi ke mana selepas ini belum tahu lagi,” katanya. KJ berkongsi perkara itu ketika ditemu di Tayangan Premier Filem Pendek Elrah Exclusive di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur pada petang Khamis. Sebelum ini, KJ jadi perhatian masyarakat dengan berubah profesion dari dunia politik ke industri hiburan seperti menjadi deejay, podcaster dan kini sibuk dengan kempen raya untuk produk tempatan.

Dalam pada itu, KJ berkata dia teruja apabila dilantik menjadi duta pakaian produk tempat iaitu Elrah Exclusive pada tahun ini. “Saya sangat teruja untuk bersama kempen raya Elrah Exclusive pada tahun ini. Saya setuju untuk kempen Elrah ini pun sebab pemilik dia El Azman. Pendapat saya dia seorang usahawan tempatan yang berjaya dan saya juga suka martabatkan baju Melayu,” jelasnya. Sementara itu, KJ juga tidak menolak jika suatu hari nanti dia akan melebarkan sayap menjadi seorang pelakon jika ada rezekinya dalam bidang berkenaan

“Kalau ada rezeki tawaran untuk berlakon filem dan sebagainya, insyaAllah,” katanya. Selain KJ, antara duta Elrah lain untuk kempen raya tahun 2024 ialah Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Meerqeen, Amir Ahnaf, MK, Shahril, Fahimi Rahmat dan Fadhli Masoot. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.