Tengah hangat pasal isu orang ketiga, Che Ta setuju kalau nak boikot penyondol

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta mendedahkan wanita yang terdesak untuk memiliki suami orang sememangnya wujud. Memetik laporan Harian Metro, Che Ta atau nama sebenar Rozita Abu Bakar berpendapat perkara tersebut sudah menjadi lumrah di kalangan wanita zaman sekarang. “Macam inilah, perempuan kalau dah memang suka hak orang, gasak macam mana pun tetap nak rampas. Selalunya hanya wanita yang akan menyakiti hati perempuan lain, itu saja saya boleh cakap.

Kebanyakan orang terdekat dengan kita adalah individu yang akan merampas hak kita sebab dia tahu kehidupan, keadaan dan harta benda milik suami kita, jadi hati-hatilah.  Macam saya tiada kawan perempun, semua pondan. Jangan salahkan sebelah pihak, salahkan kedua-duanya. Saya sangat setuju kalau nak boikot penyondol, sesuai muka dia.” Disoal sekiranya ada memeriksa telefon bimbit suaminya, Zain Saidin, Che Ta mengatakan dia tidak pernah berbuat demikian kerana meletakkan sepenuh kepercayaan.

“Saya memang percayakan Zain, begitu juga sebaliknya. Masing-masing tahu batasan sebagai individu yang sudah berkeluarga. Saya memang tiada masa nak periksa mesej yang masuk dalam telefon suami, tapi Zain sendiri tahu saya akan melenting kalau dia buat yang bukan-bukan. Saya dah beritahu dia siap-siap, kalau ada orang sampaikan maklumat dan ‘kantoi’, maka cukuplah setakat itu. Tiada penerangan yang saya akan terima.” Untuk rekod, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.