Minta orang ramai mendoakan yang terbaik, Mk tak mahu jawab tentang isteri hamil

TIDAK mahu mengiyakan atau menafikan, penyanyi rap MK dari kumpulan K-Clique meminta orang ramai mendoakan yang terbaik tentang khabar angin isterinya iaitu Siti Hajaar sedang hamil. Kata MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, dia juga pasti akan berkongsi kepada peminat tentang cerita tersebut apabila sudah tiba masa yang sesuai. “Insya-Allah doakan yang baik-baik. Saya akan kongsi apabila sudah tiba masa yang sesuai,” katanya ringkas.

Peminat mula membuat andaian Hajaar kini sedang hamil selepas melihat perubahan fizikal meneruis beberapa perkongsian di laman sosial sebelum ini. Sementara itu bercakap tentang sambutan Ramadan pertama mereka selepas bergelar suami isteri, MK meluahkan rasa teruja dan mahu memberi lebih tumpuan melakukan ibadah. “Tiadalah perancangan spesifik sepanjang Ramadan ini, cuma lebih fokus kepada ibadah. Saya ingatkan isteri supaya tidur dan bangun awal dan rancang apa yang boleh dilakukan selepas sahur.

“Saya juga harap jadual kerjaya seni dipermudahakan seperti sekarang ini. Syukur walau sibuk, tetapi tidak pernah ganggu waktu untuk ibadah. Jadi sepanjang bulan Ramadan ini juga saya tidak mahu jadual kerja yang padat,” ujarnya. Berkongsi tentang juadah pilihan ketika berbuka dan sahur, MK memberitahu dia lebih gemar makan hasil air tangan isteri sendiri di rumah. “Isteri saya tahu apa yang saya suka dan dia akan masak mengikut kesesuaian. Dia sangat bertanggungjawab dan belajar memasak makan kegemaran saya.

Saya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang tahu memikul tanggungjawab sebagai suri rumah dengan baik,” luahnya. Untuk rekod MK dan Hajaar bernikah pada 16 Jun lalu di Ampang, Selangor. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.