Watie mengadu seluar longgar sebab dah kurus, sekali tindakan Shuib pula undang kritikan warganet

Tindakan Shuib kurang disenangi warganet selepas memaparkan video pelawak itu mempromosikan sebuah produk bersama isterinya, Watie Hanafiah. Menerusi satu hantaran di Instagram milik Watie, wanita berusia 36 tahun itu kelihatan sedang bersiap untuk keluar namun mendapati seluar yang baru dibelinya itu longgar lalu mengadu kepada Shuib. Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad kemudiannya datang sebelum membelek seluar itu seolah-olah mahu melihat kebenarannya. Klik sini untuk lihat video.

Tidak cukup dengan itu, dia yang juga seorang usahawan dilihat menarik seluar isterinya ke atas selepas Watie menyatakan hasrat mahu membeli seluar baharu lagi. Menjengah ke ruangan komen, perkongsian pasangan itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet kerana tindakan sebegitu tidak seharusnya dikongsi kepada umum.

Tapi tak baik tuduh tau! Entah-entah Shuib mahu lihat label saiz sahaja. Bagaimanapun, pasangan itu tidak memberikan sebarang respon berhubung kritikan berkenaan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.