Tokti muat naik gambar Aafiyah sempena ulangtahun kelahiran, sekali warganet perasan benda ni pula pada wajah Aafiyah

Umum mengetahui, penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza menunggu 11 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata. Diam tak diam, hari ini 19 Mac 2024, genap enam tahun ulang tahun kelahiran Siti Aafiyah Khalid. Happy Birthday! Menerusi sebuah posting di Instagram, Siti memuat naik sekeping foto Aafiyah yang kini berusia enam tahun berserta kapsyen yang indah buat puterinya itu.

“Alhamdullillah, 6 tahun yang lalu, lahirlah puteri ibu Siti Aafiyah Khalid. Anak yang mengajar ibu tentang kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk menjadi ibu. 11 tahun menantimu. MasyaAllah, Tabarakallah. Doa ibu Aafiyah menjadi anak solehah yang sentiasa dijaga Allah Swt. Anak yang cepat matang, terang hatinya, tegas dalam lembut, caring dan terus ah berbakti kepada agama dan masyarakat bila besar nanti ye.” Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat Siti turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Aafiyah.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.