Patimah Ismail luah rasa syukur sebab tahap kesihatan bertambah baik, akui tak sabar nak raya dengan anak Syamsul dan Puteri Sarah

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan tahap kesihatan isteri kepada pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail berada dalam keadaan kurang baik. Terbaharu, Patimah ketika ditemui mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini. Katanya, dia juga tidak lagi duduk di rumah dan mampu untuk mengikuti suaminya menghadiri undangan ke beberapa majlis.

“Alhamdulillah, tahun ini saya lebih sihat. Boleh hadir banyak acara dengan datuk. Tahun lepas saya memang berkurung di rumah, dengan apa yang berlaku. Tapi Alhamdulillah, tahun ini saya gembira balik.” Patimah berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2024 yang diadakan di Le Meridein Hotel, Petaling Jaya, pada Rabu. Sementara itu, disoal mengenai sambutan hari raya, ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof itu berkata tahun ini akan dimeriahkan dengan kehadiran menantu, anak dan cucu-cucu yang akan pulang ke rumahnya.

“Cucu-cucu selalu balik. Anak-anak Syamsul, selalu balik rumah saya. Setiap minggu cuti sekolah mereka datang. Begitu juga Puteri Sarah.” Sementara itu, Yusof Haslam berkata dia mengharapkan orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat keluarganya dan menyifatkan konflik yang berlaku sebelum ini sebagai satu ujian,

“Insya-Allah mudah mudahan. Dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri, segalanya berjalan dengan baik. Apa pun semangat juang kena kuat. Perjuangan dalam kehidupan kena teruskan selagi kita sihat. Segala yang baik datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada kita.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.