Ramai yang nasihatkan supaya jaga diri, lepas dah melangkah dewasa ini perjanjian antara Watie dan Talita

SELEPAS pelawak dan usahawan Shuib berkongsi perasaan sebak anaknya iaitu Dzakira Talita Zahra sudah datang haid, kali ini ibu tiri kepada arwah Siti Sarah Raisuddin pula berkongsi momen berkenaan. Menerusi hantaran di Instagram, Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder turut meluahkan rasa syukur kerana Talita kini sudah melangkah alam dewasa. “Ti (panggilan Siti Sarah), anak kau dah besar. Petang tadi pukul 5.34 petang video call Talita, sembang-sembang biasa dengan dia. Lepas tu entah kenapa saja tanya… Dekta dah period ke? lepas itu dia cakap belum. Klik sini untuk lihat video.

“Pukul 6.48 petang, dia WhatsApp nak cakap dia dah period. Terkejut saya. Baru je tanya tak sampai dua jam. Saya pun call untuk suruh dia beritahu mummy (Watie). Alhamdulillah dah besar Talita,” tulisnya di ruangan kapsyen. Bersama kapsyen tersebut, Fatimah memaparkan paparan skrin perbualannya di aplikasi WhatsApp bersama Talita. Sementara itu, isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah pula berkata memandangkan Talita sudah dewasa maka dia sudah perlu mengasingkan tempat tidur.

“Perjanjian dah bermula, Dekta (panggilan Talita) dah tak boleh tidur sebelah daddy,” tulisnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menasihati Talita supaya menjaga diri dan martabat seorang wanita selain menutup aurat dengan sempurna. “Sebagai seorang ibu saya juga menangis, sebab teringat arwah ibu dia (Sarah), lagi tengok posting Shuib tadi, saya lagi menangis. Semoga menjadi anak yang solehah Talita.

“Tak tahu kenapa macam sebak, tengok Dekta ni terus teringat arwah Sarah. Jaga diri okay Dekta. “Tutup aurat ye sayang. Nanti ibu pun boleh senyum dekat sana. Saya gembira untuk awak Talita, dah besar dah sekarang. Terdahulu, Shuib berkongsi perasaan sebak sehingga mengalir air mata bila apabila mengetahui anaknya sudah melangkah alam dewasa. Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterinya Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.