Nama tersenarai dalam amaran pelabur, sekali pihak Suruhanjaya Sekuriti tampil beri kenyataan tentang Mahadi dan syarikatnya

Pada 27 Februari lepas, kecoh di media sosial mengenai usahawan, Mahadi Badrul Zaman yang tersenarai dalam amaran pelabur oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Susulan itu, suami kepada Heliza Helmi itu menafikan bahawa syarikatnya membuat kesalahan dan penipuan malah dia mahu mendapatkan penjelasan daripada SC. Pun begitu, pihak SC telah memberi kenyataan mengenai Mahadi dan syarikatnya, AUF MBZ Consortium Plt.

Syarikat berkenaan menjalankan aktiviti dalam keadaan terkawal dan turut mempromosi saham syarikat awam tidak tersenarai (unlisted public company atau UPC) namun tidak memegang lesen daripada sSC. “Oleh demikian, nama dan syarikat berkenaan telah dimasukkan dalam Senarai Peringatan Pelabur. Melalui senarai ini, pihak awam boleh mengenal pasti sama ada individu dan/atau entiti berlesen atau berdaftar untuk menawarkan, mempromosikan, atau menjual produk dan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia.”

Kenyataan yang dikongsi oleh SC turut menjelaskan pihaknya ada telah menerima bermacam-macam pertanyaan dan aduan daripada orang awam mengenai aktiviti yang dijalankan oleh syarikat berkenaan. “SC mengambil serius semua aduan yang dikemukan dan kekal komited dalam melaksanakan kuasa berkanunnya termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan, sekiranya terdapat pelnggran undang-undang sekuriti dalam menegakkan integriti pasaran modal termasuk menjaga kepentingan pelabur.” Pihak SC juga meminta orang ramai agar sentiasa berwaspada dan membuat semakan di laman web Suruhanjaya Sekuriti bagi mengesahkan mana-mana individu atau syarikat yang diberi kebenaran oleh SC untuk menawarkan, mempromosikan atau menjual produk dan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia.

Sumber: Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.