Dikatakan sombong bila bertutur dalam bahasa inggeris, Puteri Balqis akui belajar loghat British dari utube

PELAKON Puteri Balqis terkejut apabila pertuturannya dalam bahasa Inggeris yang kedengaran seperti loghat British menjadi bualan warganet di media sosial. Kata Puteri Balqis Azizi atau mesra dengan panggilan Aqish, 17, dia mempelajari loghat tersebut daripada YouTube dan tidak merasakan bertutur dalam bahasa berkenaan bermaksud sombong atau bongkak. “Saya tak tahu saya viral, Google News pun saya tutup. Waktu kecil bahasa Inggeris biasa saja cuma bila tengok YouTube daripada situ saya belajar.

“Sesetengah orang anggap bercakap bahasa Inggeris ini bongkak, tidak… ia sebenarnya pendidikan. Pendidikan sangat penting, kebanyakkan pekerjaan memerlukan seseorang itu bercakap bahasa Inggeris. Takkan nak pergi Sepanyol cakap Melayu,” katanya. Aqish berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sidang media drama Terlanjur Cinta di The Agam, Kuala Lumpur pada malam Rabu. Dalam pada itu, aktres itu juga berterima kasih kepada ibunya iaitu Norashikin Mohd Aziz yang bertungkus lumus memberikan pendidikan terbaik buat dirinya.

“Jadi daripada saya kecil saya belajar secara berulang benda sama dan topik sama dalam bahasa Inggeris. Ibu saya tahap dia nak saya ada pendidikan, buku yang dibeli dekat kedai serbaneka tu, huruf A dia akan tulis huruf A sahaja. Sampaikan dia bagi saya conteng di dinding dalam bahasa Inggeris. Agak sukar tetapi berbaloi, sehingga kini saya masih belajar,” ujarnya. Sementara itu, Aqish berkata jika diberi tawaran berlakon di luar negara, dia tidak menolak untuk mengambil peluang tersebut.

Dia bagaimanapun tidak akan melupakan asal usulnya jika sudah berjaya di pentas antarabangsa. “Saya nak habiskan tugas saya dalam Malaysia dulu, kalau ada tawaran insyaAllah saya ambil. Tapi saya takkan lupa dari mana saya datang,” jelasnya. Dalam perkembangan lain, Aqish merupakan salah seorang pelakon dalam drama terbitan Viu Malaysia iaitu Terlanjur Cinta. Pelakon lain yang turut membintangi drama berkenaan ialah Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Umie Aida, Khir Rahman dan Syafi Tee.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.