Agak terasa bila ada yang cakap kekwat, The gadys akui akan masuk kelas vokal

Kumpulan The Gadys nafi kekwat dan tampil perjelas video temu bual yang tular baru-baru ini kerana didakwa memberi jawapan yang agak beremosi. Memetik laporan, The Gadys menyangkal dakwaan warganet yang mengatakan mereka ‘kekwat’ ketika menjawab soalan dalam temu bual itu. “Kami juga manusia. Walaupun kami adalah artis atau artis baru ke, saya rasa artis lama pun semua orang ada perasaan. Kami bukannya ‘kekwat’, kami agak terasa dengan komen-komen begitu,” kata The Gadys.

The Gadys nafi kekwat sekali gus turut memohon maaf kerana terlalu mengikut emosi ketika menjawab soalan ketika ditemu bual. “Minta maaf kami terletak sedikit emosi dalam percakapan kami. Tapi mungkin boleh tengok video penuh sebab memang triggered la kalau orang dah ugut kami untuk bnh diri,” ujar mereka. Disamping itu, The Gadys juga menyatakan mereka sentiasa menerima komen dan nasihat daripada orang ramai kerana sedar masih mempunyai kelemahan.

“Apa yang dia cakap tu, tak ada kena mengena pun dengan apa yang kami persembahkan malam itu. Kalau nak cakap pasal sumbang, cakap pasal sumbang. Kami menerima semua itu, sebab kami sedar kami pun ada kelemahan itu,” luah The Gadys nafi kekwat. Sementara itu, The Gadys juga menjelaskan terdapat beberapa kesalahan teknikal yang terpaksa dihadapi sehari sebelum persembahan mereka. “Kami terima minus one dan kami latihan dua hari sebelum persembahan. Key itu memang kena dengan kami, tapi bila sound check, key dia dah bertukar ke key penyanyi asal.

The Gadys memang tak boleh bawa key penyanyi asal. Kami sepatutnya membawa key yang kami mampu, jadi key-nya harus direndahkan. Masalah teknikal berlaku, kami pun tak nak menyusahkan pelbagai pihak sebab terlalu last minute sebab sound check tu sehari sebelum persembahan. Jadi kami tak nak susahkan mana-mana pihak. Kami cuma fikir, kami boleh buat, ini cuma kerja dan tak nak susahkan mana-mana pihak,” jelas mereka. Tambah The Gadys, mereka bukanlah penyanyi profesional disamping melihat kumpulan itu hanya sebagai penghibur.

“Sejujurnya kami bukanlah penyanyi yang profesional atau boleh dikatakan kami bukan penyanyi yang solid. Kami juga melihat diri kami sebagai lebih kepada penghibur dalam industri seni. Sebenarnya, The Gadys sebelum ada kewujudan Thamira, kami memang bermula daripada bidang lakonan. Kami juga penyanyi genre pop dan bukannya penyanyi ballad yang boleh tarik tinggi-tinggi,” katanya. Dalam pada itu, kumpulan ini juga akan berkata mereka akan menghadiri kelas vokal seperti yang diminta oleh warga maya. “Kami akan pergi kelas vokal, macam yang warganet minta. Kami akan pergi,” ujarnya.

Terdahulu, kumpulan The Gadys telah dijemput untuk melakukan persembahan di sebuah program anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38). Namun begitu, kumpulan ini telah menerima kritikan hebat daripada warganet kerana nyanyian mereka di program berkenaan sumbang. The Gadys dikecam lagi selepas tular video temu bual yang memaparkan kumpulan itu menjawab soalan dengan penuh beremosi. Sekadar info, kumpulan The Gadys dianggotai tiga orang ahli kumpulan iaitu Thamiera Chan, Aznie Azmi dan Ayunie Rizal.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.