Lain dari yang lain, kali ni Dato Aliff Syukri rakam muzik video raya dalam jakuzi pula

Bagi membuat kelainan, dikatakan usahawan kontroversi, Aliff Syukri rakam muzik video lagu raya di dalam jakuzi apabila tular video pengambaran tersebut sedang diadakan. Menerusi perkongsian video di akaun TikTok media_penglipurlara, dapat dilihat yang Aliff Syukri atau Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sedang beraksi di dalam jakuzi sambil disampingnya penari-penari berbaju Melayu berwarna hitam. Dalam kapsyen yang disertakan, akaun Tiktok berkenaan memaklumkan yang pengambaran tersebut adalah rakaman muzik video lagu raya yang akan dikeluarkan usahawan terbabit. Klik sini untuk lihat video.

Ujarnya, kali ini dia mahu membuat kelainan apabila ada adegan berendam dan mandi di dalam jakuzi. Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima apabila melihat video terbabit memandangkan sebelum ini usahawan tersebut mengatakan tidak akan mengeluarkan lagu raya. Tak hanya itu, mereka juga mempersoalkan kewujudan penari-penari lelaki dengan gerakan gemulai seperti tahun yang sudah berada di sampingnya sewaktu berendam di dalam jakuzi tersebut.

Terdahulu, Aliff Syukri telah memuat naik hantaran di Instagramnya seakan memberi bayangan akan ada lagu raya baru dikeluarkan walaupun sebelum ini menyatakan lagu miliknya diberikan kepada penyanyi lain. Dia yang mengaku sebagai penyanyi nombor satu negara berkongsi ‘rusuhan’ di hadapan kediamannya yang bersorak mahukan lagu raya untuk tahun ini.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.