Masih sayangkan hubungan dengan Bella Astillah, Ruhainies berharap Aliff Aziz dan isteri tak berpisah

Pelakon terkenal, Ruhainies harap Aliff Aziz & Bella Astillah tidak berpisah susulan kontroversi yang melanda mereka bertiga sejak seminggu ini. Menerusi perkongsian pelakon tersebut selepas tular berita dakwaan dia ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz, dia memohon maaf atas kelewatan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan. Ujarnya, dia dan Aliff hanyalah rakan biasa dan tujuan aktor berkenaan ke rumahnya pada malam tersebut adalah disebabkan jemputan makan bersama dengan keluarga yang juga sudah dikenali lebih 10 tahun.

Namun begitu, kelewatan kakaknya tiba ke rumah disebabkan kesesakan lalu lintas telah menyebabkan salah faham susulan pintu rumah diketuk dan didapati bukan Risteena yang berada di hadapan pintu. Disebabkan itu, dia tidak membuka pintu atas faktor keselamatan dan menghubungi kakaknya. Tidak lama selepas itu, apabila ahli keluarga tiba, mereka memaklumkan orang ramai yang didepan rumah adalah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Walau bagaimanapun, Ruhainies mengaku silap kerana tindakannya bersama Aliff menimbulkan syak wasangka terhadap orang ramai lebih-lebih lagi kepada Bella Astillah.

Dia yang masih menyayangkan hubungan persahabatan dengan Bella sedia berbincang jika selebriti itu sudah bersedia bagi memastikan pasangan tersebut tidak berpisah. Ujar pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia berharap kenyataan rasmi yang dikeluarkan ini tidak diprovokasikan dan sedar tidak dapat memaksa sesiapa untuk mempercayainya. Namun, apa yang ingin dilakukan adalah untuk menceritakan situasi sebenar yang berlaku pada malam tersebut sebelum berita tentang dirinya dan Aliff mengemparkan industri hiburan.

Terdahulu, pihak JAWI mengesahkan bahawa dua orang selebriti telah ditangkap basah oleh pihak mereka disebuah kondominium mewah di ibu kota. Adik kepada Bella Astillah turut mengiyakan bahawa abang iparnya, Aliff Aziz adalah individu yang ditahan dan wanita bersamanya adalah Ruhainies. Susulan isu tersebut, Bella telah menfailkan tuntutan cerai kepada aktor asal Singapura itu memandangkan sudah berkali-kali memberi peluang terhadap suaminya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.