Jangan buang tenaga fikirkan masalah, ini pula pesanan dari Puteri Sarah buat Bella Astillah

PELAKON Puteri Sarah Liyana meminta agar rakan baiknya iaitu Bella Astillah memberi fokus penuh kepada dua anaknya dan tidak berfikir mengenai perkara lain buat masa ini. Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berharap Bella tidak membazirkan tenaganya walaupun kemelut rumah tangganya sedang hangat diperkatakan. “Kita ada anak-anak dan fokus energi pada mereka dan jangan fikir benda lain. Jangan fikir benda lain ia akan menjatuhkan kita. Bila ada anak-anak kita ada segala-galanya. Anak-anak adalah keutamaan kita,” katanya.

Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa ajuran Mask Team yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Khamis. Perihatin dengan dugaan menimpa Bella, Sarah juga mendedahkan ada berkongsi sebuah puisi kepada aktres itu sebagai penguat semangat. Kata Sarah puisi sama pernah dijadikan sebagai ilham ketika mana dia turut dilanda masalah rumah tangga. “Saya ada kongsi puisi kepadanya dan kita semua bersedih. Sebagai kawan yang sangat baik, saya memang turut terkesan. Puisi ketika saya berpisah dulu, saya kongsi padanya sebagai kata semangat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sarah memberitahu dia ada beberapa kali bertemu dengan Bella dan menyifatkan aktres berkenaan bijak menyembunyikan masalah. Malah dia juga sempat memberi kata-kata semangat buat Bella semasa kejadian suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat pada Sabtu lalu. “Kali terakhir saya bertemu Bella ialah ketika di Brunei dua minggu lepas. Ketika itu dia masih senyum lagi. Seorang yang ceria cuma dia ada cakap perlukan semangat daripada saya. Saya tak tahu apa sedang berlaku, saya cuma tahu dia ada masalah dan sentiasa sokong serta beri semangat padanya.

Sebagai kawan, saya tahu ada sesuatu tidak kena. Masa kejadian khlwt berlaku, saya ada hubungi dan beri semangat dan sokongan,” kongsinya. Sebelum ini, Sarah mendedahkan Bella kerap menangis dan mengadu masalah dengannya sehingga dia terkesan dengan isu sensasi tersebut. Sarah juga menerusi Instagram memaklumkan mengetahui kronologi kemelut rumah tangga antara Bella dan Aliff. Pada 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur atas tuduhan berkhlwt.

Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan pada sekitar pukul 2 petang pada yang sama. Susulan kejadian itu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres Isnin lalu. Bagaimanapun kes itu ditangguhkan untuk sebutan semula pada 4 April 2024 selepas Aliff tidak hadir pada sebutan pertama pada Rabu kerana terlibat dalam penggambaran drama.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.