POPULARITI dan kemewahan pernah membuatkan pelawak Sharif Zero terbuai sehingga terlupa untuk beringat tentang masa depan. Sharif atau Sharif Kadir Doli, 33, berkata, dua perkara itu membuatkan dia lalai dan tidak menjaga kewangannya sehingga tidak sedar ia hilang dalam sekelip mata. “Dulu di awal kemunculan dalam industri saya pernah mengalami kejutan budaya sebab ada banyak duit dan berbelanja sesuka hati dan boros.
“Tapi itu semua pengalaman dan pengajaran… Selepas apa yang berlaku kita belajar, kalau tidak bijak menguruskan kewangan memang akan menyusahkan diri. Alhamdulillah keluarga banyak bantu, kalau tak rasanya saya tak mampu nak kawal kemewahan yang ada,” katanya. Disebabkan itu juga kata Sharif, dia kini lebih senang hidup secara sederhana kerana sedar kemewahan tidak akan kekal buat selama-lamanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.