Janji nak bagi iphone untuk pembeli terawal minyak wangi, individu ni dedah tertipu dengan seorang influencer

Nama seorang pempengaruh terkenal sekali lagi menjadi bualan hangat warganet di media sosial selepas didakwa memungkiri janji. Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kesal selepas tertipu dengan pempengaruh media sosial yang berjanji akan memberikan telefon pintar jenis iPhone 15 kepada 30 orang pembeli terawal minyak wangi yang dijualnya menerusi segmen siaran langsung di TikTok. Klik sini untuk lihat video.

“Masa aku beli perfume dia ni tengah Live, masa tu dia belum buka beg kuning lagi, dia cakap “Saya akan buka beg kuning saya, untuk 30 orang yang terawal beli perfume akan dapat percuma iPhone”. Kita saja cuba-cuba, bukan saya nak cakap saya tak mampu beli iPhone, saya pun pakai iPhone, tapi saya nak buktikan adakah dia ni betul ataupun tidak?” Tetapi siapa sangka, itu hanyalah helah semata-mata dan individu tersebut tidak menerima sebarang telefon pintar seperti yang dijanji meskipun dia adalah antara individu terawal yang membeli minyak wangi yang dijual pempengaruh terbabit.

Sebaliknya wanita itu hanya menerima sehelai nota yang memaklumkan bahawa dia tidak berjaya memenangi iPhone tersebut namun berpeluang memenangi motosikal dan wang tunai. “Dan sekarang saya ‘unboxing’ mana iPhonenya?. Sekarang ni tujuan saya beli perfume ni untuk saya tengok adakah betul ataupun tidak apa yang awak cakap.” Sekadar info, pempengaruh itu terkenal dengan sikap murah hati seperti memberikan motosikal, kereta dan wang tunai kepada orang ramai yang memerlukan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.