Tular video BCL tengah menyanyi, sekali benda ni pulak yang jadi perhatian warganet

Seleps tiga bulan berkahwin dengan usahawan, Tiko Aryawardhana, penyanyi dan pelakon jelita Bunga Citra Lestari terus menjadi perhatian warganet. Terbaharu, menerusi sepotong video yang tular di TikTok, BCL yang menyarung tank top hitam bersama cardigan kelabu sekali lagi menjadi tumpuan. Dalam sesi soundcheck di sebuah acara di Makassar, Indonesia, saiz perut BCL pula jadi bualan. Kata warganet, perut BCL kelihatan sedikit buncit dalam persalinan tank top ketat itu. Ada yang berspekulasi pelantun lagu Cinta Sejati itu sedang berbadan dua. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, peminat setia BCL menafikan perkara tersebut dan menegaskan keadaan fizikal artis kesayangan mereka itu normal sejak dahulu lagi. Sebelum ini, BCL memberitahu dia enggan berbadan dua disebabkan risiko usianya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.