Minta untuk lapor polis kalau dia mencri, bekas pembantu rumah Zarina Zainuddin dedah ini punca dia lari rumah

BEKAS┬ápembantu rumah pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan dia melarikan diri daripada rumah majikannya kerana tidak tahan dipkl oleh anaknya iaitu Azil yang menghidap autisme. Pembantu rumah yang dikenali sebagai Rahayu itu memberitahu dia turut mempunyai bukti bahagian tubuhnya mengalami lebam akibat dipkl. “Saya lari kerana sudah dipukul oleh anaknya yang menghidap autisme iaitu Azil. Saya mempunyai bukti dipkl menerusi gambar-gambar yang diambil,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun wanita itu memadamkan video berkenaan selepas beberapa jam ia dikongsi di pelatform berkenaan. Dalam pada itu, Rahayu menyangkal tuduhan dia mengambil barang-barang milik Zarina sebelum melarikan diri. Rahayu juga mempersoalkan mengapa bekas majikannya itu tidak membuat laporan polis terhadapnya jika benar dia mencuri. “Berkenaan isu mengambil, sehelai habuk pun saya tidak bawa lari keluar daripada rumah Zarina dan jika benar saya mencuri, kenapa tidak laporkan pada pihak polis.

“Kenapa selepas enam bulan saya keluar dari rumah itu barulah dia mahu mengungkit tentang hal ini,” jelasnya. Rahayu memberitahu dia terpaksa tampil menjelaskan perkara sebenar kerana dakwaan dibuat Zarina adalah fitnah dan mencemarkan nama baiknya. “Saya mahu memberikan penjelasan ini kerana dakwaan yang dibuat oleh Zarina yang sudah mencemarkan nama baik saya. Dakwaan Zarina mengatakan saya pencri adalah penipu kerana saya lari dari rumah adalah kerana sering dipkl oleh anaknya,” katanya.

Pada 21 Mac lalu, Zarina memuat naik hantaran di Instagram miliknya meluahkan rasa bengang apabila pembantu rumahnya bertindak melarikan diri hanya selepas empat bulan bekerja. Kata Zarina, wanita asal Indonesia itu turut sempat mengambil barang-barangnya dan menghilangkan diri selepas mendapat gaji. Pelakon itu juga mendakwa pembantu berusia 25 tahun itu melarikan diri kerana mengikut teman lelaki dan mahu hidup bebas. Untuk rekod, Zarina mempunyai cahaya mata kembar yang menghidap autisme iaitu Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan dan Muhammad Razil Azrai yang kedua-duanya berusia 27 tahun.

Azil menghidap hyper autisme manakala Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika umur mereka tiga tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.