Shila Amzah kongsikan cerita berdepan detik cemas bila rasa nak terberanak di bazar ramadhan

Penyanyi Shila Amzah berdepan detik cemas apabila menyangka sudah tiba masanya untuk dia melahirkan anak keduanya. Menurut Shila, kejadian itu berlaku ketika dia dan suaminya, Ubai Zulkefli menaiki motosikal ke bazar ramadan baru-baru ini. Bagaimanapun, selepas selamat tiba di bazar ramadan, pasangan ini terpaksa bergegas pulang ke rumah memandangkan Shila mengalami kesakitan. “Sumpah! Saya rasa dah bersalin minggu lalu. Saya dan suami ke bazar menaiki moto tapi bila dah sampai tu kena bergegas balik sebab I started feeling like SOMETHING WAS ABOUT TO POP,” katanya.

Perkara itu dikongsi Shila menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Shila berkongsi bahawa dia berasa sedikit gementar kerana dijangka bersalin secara normal. “Alhamdulillah l, everything went well so far! Saya teruja tapi dalam masa sama berasa sedikit gementar. Looking forward for a successful VBAC. Tolong doakan saya. Kehamilan kali ini agak tegang bagi saya. Siapa kata kontraksi tu tak sakit? Tak ada perkataan untuk itu. Tapi, Ramadan kali ini sangat peribadi dan saya menikmati setiap detik bersama keluarga kecil saya,” ulasnya.

Sekadar info, kandungan pelantun lagu popular Patah Seribu ini telah pun mencecah usia 8 bulan dan dijangka bakal bersalin pada awal raya Aidilfitri nanti. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.