Selebriti terkenal, Adira Suhaimi live dengan Datuk Red buat pertama kali di aplikasi TikTok selepas hampir seminggu usahawan tersebut tular di media sosial. Menerusi rakaman semula siaran langsung antara Adira dan juga suaminya, mereka dilihat masih berkomunikasi dengan baik serta sempat bergurau antara satu sama yang lain. Menurut Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, kemesraan yang mereka tunjukkan di media sosial adalah realiti dan bukannya lakonan di media sosial. Klik sini untuk lihat video.
Adira turut menjawab bahawa walau apa terjadi antara mereka, komunikasi masih lagi berjalan dengan baik kerana tidak semestinya harus bergdh. Mereka juga turut saling bernyanyi di siaran langsung tersebut atas permintaan peminat-peminat sebelum masing-masing mahu beredar untuk menyelesaikan urusan yang tertangguh. Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima mengulas berkenaan hubungan pasangan tersebut yang difahamkan dalam proses perpisahan.
Ada juga di antara mereka mendoakan agar Datuk Red dan Adira masih berjodohan kerana melihat masing-masing langsung tidak bergdh ataupun bermasam muka. Terdahulu, penyanyi lagu Pujaan Hati itu telah menfailkan perpisahan terhadap suaminya, Datuk Red sekitar Oktober tahun lalu. Walaupun usahawan itu ingin mempertahankan rumah tangganya, namun Adira nekad untuk berpisah tanpa memaklumkan sebab sebenar.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.