Ramai yang tak percaya bila tiba tiba tular foto perbualan mesra antara Bella Astillah dan Muaz Zabir

Nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjadi perhatian ramai susulan dakwaan mempunyai hubungan cinta bersama seorang pelakon baharu dikenali sebagai Muaz Zabir. Khabar angin itu tercetus susulan tularnya beberapa foto mesra yang didakwa mirip Bella dan Muaz. Tidak terhenti di situ, menerusi perkongsian di akaun TikTok Edisi Umat turut memuat naik tangkap layar perbualan romantis yang didakwa terjadi antara kedua-dua pelakon itu. Klik sini untuk lihat video.

Perbualan tersebut didakwa berlaku sekitar Oktober 2023, malah terlihat kedua-dua individu itu berbalas mesej dengan menggunakan kata-kata romantis seperti pasangan kekasih. Dalam pada itu, rata-rata wargamaya tidak percaya dengan khabar angin tersebut sebaliknya mereka yakin bahawa perbualan yang tular itu telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Menurut mereka, foto tersebut diambil ketika Bella dan Muaz melakukan penggambaran bagi sebuah drama. Bukan itu sahaja, mereka menyifatkan perkara tidak bermoral itu dilakukan hanya untuk menjatuhkan imej Bella dan Muaz.

Susulan daripada itu, wargamaya meminta agar semua pihak berhenti menaburkan fitnah terhadap Bella selain menunggu isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu memberi penjelasan berhubung khabar angin tersebut. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.