Azlee Senario luah rasa terharu peminat masih menghargai, dalam masa 5 minit pernah dapat RM8k lebih buat siaran langsung di tiktok

Pelawak senior, Azlee Senario peroleh RM15,000 sebulan di aplikasi TikTok apabila ramai peminatnya memberikan gift ketika dia bersiaran langsung. Memetik laporan dari Media Hiburan, Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Jaafar, 55 tahun, menyatakan yang dirinya sangat terharu dengan sokongan para peminat yang menghargainya sepanjang berada di bidang seni sehingga sanggup menyumbang gift serta koin kepadanya.

“Saya pun tak sangka penangan TikTok ni dan saya baru sahaja belajar. Ia bermula ketika saya menjadi juri untuk sebuah program TV. Ada sahabat cadangkan saya buat live di TikTok. Boleh buat duit lebih untuk tambang balik. Pada mulanya, saya macam malas nak mula. Kemudian, sahabat saya itu ciptakan akaun dan tak sangka platform itu boleh jana pendapatan. Saya terkejut orang boleh beri ‘gift’ sebanyak itu. Ada satu hari, saya buat live selama lima minit dan meraih sebanyak RM8,500,” katanya.

Susulan daripada itu, Azlee menyarankan agar selebriti senior untuk memanfaatkan platform tersebut untuk meraih pendapatan sampingan sebagai satu persediaan andai tidak mempunyai tawaran pekerjaan di masa hadapan. “Ia ini boleh menjadi platform untuk meraih pendapatan sampingan terutamanya buat artis-artis lama. Mereka masih ada peminat yang sayang mereka dan akan kongsi rezeki. Kita lihat sahaja Datuk Red, dia pernah susah sampai terduduk tapi disebabkan dia buang rasa malu dan guna platfrom yang betul, masyarakat jadi sayang kepada dia. Kita bukan minta sedekah tapi orang yang memberi. Ini hadiah daripada orang ramai,” ujarnya lagi.

Pelawak terbabit juga mengatakan yang dia tidaklah membuat live setiap hari, tetapi mempunyai sasarannya sendiri dan mengakui pendapatannya mencecah lima angka sebulan dengan mengadakan siaran langsung di TikTok. “Saya tidak buat live setiap masa. Saya ada sasaran saya sendiri. Dalam satu hari, saya mencari RM500 dan kalau lebih, itu bonus. Dalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap ia pendapatan bulanan saya. Alhamdulillah, setakat ini duit kereta dan rumah TikTok yang bayar,” jelasnya Azlee.

Terdahulu, Azlee Senario pernah menangis kerana terharu melihat para peminatnya memberikan gift serta koin yang cukup banyak sewaktu diawal-awal dia bersiaran langsung di platform berkenaan. Rata-rata mereka yang masuk ke dalam live pelawak tersebut kerana begitu menghargai karya-karya selebriti itu yang pernah menghiburkan banyak orang suatu ketika dahulu di kaca televisyen.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.