Jadi orang ketiga dalam rumahtangga orang lain, individu ni dedah Rossa Sera sekat semua ahli keluarga sebab nak tutup kesalahan

Nama bekas isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjadi bualan hangat warganet susulan pendedahan seorang individu mendakwa Serra menjadi orang ketiga dalam rumah tangga sepasang suami isteri. Terbaharu, seorang pengguna di platform X yang menggunakan nama @meinmokhtar berkongsi satu tangkap layar yang dihantar oleh seorang individu kepadanya. Menerusi tangkap layar tersebut, individu yang tidak mendedahkan identiti itu mendakwa isteri kepada lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan Sera itu sedang sibuk menguruskan hal perpisahannya.

“Kalau kau tahu dia (Rossa Sera), dia sekarang penyondol. Suami kakak kepada tunang aku. Sekarang ni dia block semua ahli keluarga kakak aku tu sebab nak tutup kesalahan dia. Kasihan kakak aku, dah naik turun mahkamah sebab nak pisah.” Terdahulu, Rossa Sera didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang. Menerusi pendedahan itu, individu terbabit mendakwa hubungan tersebut berdua masih terjalin meskipun si isteri sudah memberi peluang kepada Sera untuk berhenti mengganggu rumah tangganya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.