Bakal bergelar bapa tak lama lagi, Ubai Mz banyak minta nasihat dan pandangan dari orang sekeliling

Suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ akui berdebar untuk bergelar bapa tidak lama lagi. Menurut Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, dia sudah melakukan beberapa persediaan menantikan kelahiran cahaya mata seperti belajar untuk menguruskan bayi melalui internet. Selain itu, dia berkata ada meminta nasihat dan pandangan daripada orang sekeliling.

“Sudah tentu saya rasa berdebar untuk bergelar seorang bapa. Sebab ini pertama kali, sebelum ini jadi bapa anak dah besar. Banyak yang saya belajar dari internet dan isteri saya sendiri. Saya sudah bersedia, sebab ada kawan-kawan yang dah jadi bapa mereka kata pasti tidak boleh tidur malam nanti. Tapi kerisauan lebih kepada isteri saya, sebab dia yang akan melahirkan anak.”

Dalam pada itu, Ubai turut berkongsi momen dia menziarahi pusara Allahyarham ibunya, Rohani Jamal yang pergi menghadap illahi pada 30 Julai lalu. “Perasaan bila dah tak ada ibu ini memang lain, lepas itu saya dah bergelar bapa. Sehari sebelum Ramadan, saya ada pergi ziarah kbr arwah ibu. Saya ada monolog depan kbr. Saya cakap dekat mak, ‘mak ini cucu mak, cucu pertama’. Rasa sebak sikit sebab ini cucu pertama arwah kan. Paling saya rindu, nak tolong masak buka puasa.”

Imbas kembali, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama. Shila pernah berpisah talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais. Sumber: OhBulan.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *