Tular beberapa gambar barangan keperluan dibuang, sekali bekas ahli parlimen Kuala Krau jelaskan puncanya

Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said tampil beri penjelasan mengenai isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur – Gunung Senyum, Temerloh Pahang. Ujarnya, barang keperluan tersebut adalah miliknya yang merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai di kawasan berkenaan. Beliau mengakui kekhilafan yang berlaku dan akan tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu pelupusan barangan yang berlaku ini.

“Barangan dapur ini disediakan menggunakan peruntukan peribadi, sebelum tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 pada tahun 2022 dan umum mengetahui bahawa dalam tempoh berkempen, tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan. Pembelian barangan dapur ini tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan atau peruntukan Kerajaan Negeri Pahang. la juga tidak melibatkan peruntukan barangan dalam tempoh COVID 19 atau persiapan pangkalan hadapan menghadapi banjir,” katanya.

Jelasnya lagi, beras dan barangan dapur tersebut terpaksa dilupuskan selepas menerima aduan daripada jiran yang mengatakan terdapat bau busuk di tempat stor simpanan. “Hasil siasatan di stor simpanan ini mendapati terdapat beberapa ekor bangkai tikus dan beras serta barangan dapur ini telah dicemari bubuk atau kutu beras. Barangan lain juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar.

Sebahagian daripada beras ini telah diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar, dan sebahagian lagi telah dilupuskan,” ujarnya. Terdahulu, tular di media sosial yang memaparkan lambakan beras, tin sardin dan tepung telah dibakar di tapak pelupusan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *