Dikatakan sibuk masuk campur urusan rumahtangga anak, sekali ramai pula yang samakan ibu Aliff Aziz dengan watak Halijah

Umum mengetahui mengenai kemelut rumah tangga pasangan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dan Aliff Aziz hangat diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini. Malah, ibu kepada Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil juga dilihat lantang bersuara mengenai kontroversi yang melanda rumah tangga anaknya selain kerap memuat naik quote nasihat di Instagramnya. Susulan itu, tindakan ibu Aliff tersebut menyebabkan ramai warganet mendakwa dirinya campur tangan dalam urusan rumah tangga anak menantunya dan dituduh membela anak lelakinya itu.

Malah, warganet turut menyamakan personaliti Hafiza seperti watak Halijah yang dilakonkan oleh Fazlina Ahmad Daud menerusi drama Rindu Kasih 2. Untuk makluman, drama Rindu Kasih 2 merupakan sebuah siri drama televisyen yang disiarkan di TV3. Rindu Kasih 2 telah ditayangkan bermula 13 Februari lalu menerusi Slot Samarinda yang bersiaran setiap hari Isnin sehingga Khamis.

Sumber: XTra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.