Mengaku dirinya juga pernah melakukan kesilapan, sekali Patimah Ismail tampil pertahankan Bella Astillah

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil menjawab dakwaan yang mengatakan dirinya sedang hangat bercinta dengan pelakon muda berbakat iaitu Muaz Zabir. Ketika ditemui, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah tidak berselindung mengenai dakwaan tersebut dan mengakui dirinya juga pernah melakukan kesilapan. Terbaru, isteri kepada pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail tampil mempertahankan Bella berikutan isu tersebut.

Menurut Patimah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu tidak crng bahkan, hanya mencari tempat untuk mengadu. “Percayalah Bella bukan berlaku crng saat suami tidak peduli, dia mencari insan tempat mengadu.” Berikutan daripada kenyataan tersebut, rata-rata warganet tinggalkan komen berbentuk pujian buat Patimah kerana sangat memahami hati dan perasaan seorang wanita yang disakiti. Bukan itu sahaja, warganet turut berkata, Patimah merupakan ibu mentua yang diidami setiap wanita kerana memahami hati menantu.

“Harap bakal ibu mentua di luar sana ambil Datin sebagai contoh. Tak semua perbuatan anak kita kena sokong dan back up. Terdahulu, Bella memberitahu kejadian tersebut berlaku sekitar setahun yang lalu dan tujuan asalnya adalah untuk membuat suaminya, Aliff Aziz cemburu. Walau bagaimanapun, Bella mendedahkan kejadian tersebut diketahui oleh kedua belah keluarga dan sudah diselesaikan dengan cara baik bersama Aliff.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.