Cikgu beritahu sambil menangis, anak kepada arwah yang terlibat dalam kejadian helikopter semalam kongsikan semasa hari raya baru ni

Anak kepada arwah Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar mngs nhs dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, semalam, berkongsi mengenai perasaan mereka sebaik sahaja mengetahui berita tersebut. Menerusi laporan Harian Metro, Nur Qistina Awliya Mohd Azinoor berkata, pada waktu itu dia bersama kembarnya, Nur Qistina Auni berada di kelas masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkalan TLDM.

“Tiba-tiba cikgu bawa ke bilik guru, minta saya bersabar. Saya cuba tanyakan kenapa, mereka pegang tangan saya sambil menangis sebelum beritahu mama sudah pergi menghadap illahi. Kawan saya panggil, dia cakap… kau kena sabar tau. Sebaik kami tiba bilik guru, ramai cikgu dah ada. Mereka pegang tangan saya sambil menangis. Cikgu kata mama dah pergi menghadap illahi disebabkan kejadian  helikopter.

Berkongsi mengenai kenangan semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Nur Qistina Awliya berkata, ibunya menunjukkan sikap yang aneh apabila terlalu teruja merakam gambar pada pagi raya bersama-sama. “Papa pun sampai cakap… tengok mak hang tu excited sangat. Lepas itu, mama cakap mana tahu dengan mama ini jadi yang terakhir, boleh simpan buat kenangan.” Tambah Qistina, ibunya seorang yang penyayang dan akan membeli apa-apa sahaja yang diminta oleh mereka.

“Mama pesan supaya jaga adik baik-baik sebab kami pergi sekolah dengan berjalan kaki memandangkan jarak rumah ke sekolah sangat dekat. Mama memang selalu terbabit sebagai jurufoto di udara seperti sambutan Hari Kebangsaan, ini adalah kali pertama mama turut serta dalam Hari Ulang Tahun TLDM sejak bertugas di Lumut pada 2017. Semasa sampai di hospital tadi, doktor beritahu jnzh mama dalam keadaan sempurna, hanya bahagian rahangnya sahaja yang patah.”

Nur Qistina berkata, jnzh ibunya akan diuruskan di kampung mereka di Yan, Kedah sebaik urusan bedah siasat dijangka selesai lewat tengah hari esok. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *