Bergegas tinggalkan perkarangan mahkamah, ini respon Datuk Red lepas berpisah dengan Adira Suhaimi

Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah berpisah talak satu, pada pagi Rabu. Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu,46, ketika ditemui selepas lafaz talak dibacakan hanya mendiamkan diri tanpa sebarang respon ketika diajukan soalan oleh pengamal media. Datuk Red sebaliknya meminta untuk bertanyakan kepada bekas isterinya berhubung kes perpisahan mereka.

“Tanya dia (Adira), saya dah tak larat nak jalan.” Datuk Red kemudian bergegas meninggalkan perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 miliknya. Bapa kepada sebelas cahaya mata itu juga dilihat sempat membasahkan tekak dengan menghirup air Teh O’ Ais yang dibelinya sebelum hadir ke mahkamah. Hari ini, Adira sah berpisah talak satu selepas lafaz talak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi.

Abdul Hadi Omar turut mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak. Sementara itu, Datuk Red ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang. Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red. Terdahulu, Adira memfailkan perpisahan terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.

Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah. Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *