Pendedahan dibuat wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengakui dirinya kekasih kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz telah menyorot perhatian wargamaya. Sehinggakan ada yang menyarankan isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan memandangkan Aliff berulang kali kantoi dengan ramai wanita. Terbaharu, seorang pengguna aplikasi X yang dikenali sebagai @ZacZakirin13 pula tampil memberikan komennya mengenai isu melibatkan pelakon berusia 33 tahun itu.
Menerusi ciapan yang dibuat, Zakirin beranggapan gosip tular melibatkan Aliff sejak akhir-akhir ini seolah telah menjatuhkan maruah agama Islam. Susulan itu, dia mencadangkan agar mana-mana pihak berwajib dan bertanggungjawab untuk tidak lagi menawarkan Aliff untuk berlakon atau pun terlibat dengan mana-mana rancangan hiburan di Malaysia. “Aku tak ambik port pasal Alif Aziz ini. Tapi bila selalu lalu cerita-cerita yang merosakkan akhlak masyarakat, aku rasa sudah tiba masanya pihak Kementerian atau pihak berwajib ‘ban’ Alif Aziz dari keluar mana-mana rancangan televisyen atau drama di Malaysia. Serius, menjatuhkan maruah agama.”
Ciapan tersebut turut meraih perhatian warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Zakirin. Terdahulu, Sarah mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu. Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.
Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khlwt bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.