Warganet puji sebab Pak Mat Western ambil Umisya dan suami untuk promo video, sekali ada pula yang bagi amaran macam ni

Terkenal dengan iklan yang menampilkan selebriti-selebriti hebat muncul secara spontan dan menghiburkan, nama Pak Mat Western sudah begitu sinonim dengan pengguna media sosial. Terbaru, Pak Mat Western yang menjual perapan kambing dan ayam ini muncul dengan satu lagi video promosi yang menarik perhatian ramai. Dalam video yang dimuat naik semalam, Ahmad Aslam yang terpalit dengan kontroversi berpoligami telah muncul bersama isteri pertamanya, Umisya Mazlan dalam video berdurasi 4 minit itu. Klik sini untuk lihat video.

Video berkenaan memaparkan Umisya dan Aslam berkunjung ke kedai Pak Mat Western di Keramat dan mereka sama-sama mencuba kambing perap di sana. Umisya juga dilihat memasak kuetiau dan pasangan suami isteri itu juga menaiki motosikal bersama di hujung video. “Respect tengok cara Aslam sokong Umisya Mazlan,” tulis kapsyen. Posting berkenaan telah mengundang pelbagai komen daripada netizen yang seronok melihat kemesraan Umisya dan Aslam bersama sehingga ada yang tertanya-tanya sama ada Marissa cemburu atau tidak apabila melihat video tersebut.

Dalam pada itu, ada juga di antara warganet yang memberi ‘amaran’ kepada Pak Mat Western untuk tidak mengambil isteri kedua Aslam dalam video promosi mereka kalau tidak mahu diboikot. Comel je Umisya dengan Aslam ni. Kita doa yang baik-baik saja buat mereka sekeluarga ya. 

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *